19 November 2009

SC Bayar Duit SwissCash?


Petikan Berita Harian

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.

Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.

“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.

Bharian 13/11/09


Antara syarat untuk mendapatkan semula wang pelaburan ialah :

  1. Bayaran tidak akan dilakukan kepada semua peserta.
  2. Hanya peserta bawahan dapat bayaran balik.
  3. Rekruiter atau upline tak dapat redeem
  4. Perlukan surat atau apa2 bukti yang anda dah bayar ke swisscash..
Syarat ini ada dimaklumkan dalam Berita Utama TV3 dan saya rasa ramai yang mula mencari info bermula malam ni sebab nak tahu berita terkini tentang swisscash ni


No comments: