13 October 2009

Basikal

Masa duk chek email tak tahu email ni dari siapa, sebab tidak ku kenal tapi isi email ni kira ok jugak apa salahnya kongsi dengan sahabat-sahabat.

Mengendalikan sesuatu perniagaan adalah seperti mengayuh basikal. Anda boleh mengayuh laju atau perlahan. Apa yang penting ialah untuk sampai ke destinasi yang dituju. Tetapi walau apapun yang anda lakukan, jangan berhenti, sebaik sahaja anda berhenti anda pasti akan terjatuh.

Begitulah perumpamaan dalam mengendalikan satu-satu perniagaan. Fakta yang paling penting yang perlu diambil kira mempunyai matlamat. Ramai ahli perniagaan yang berjaya mempunyai matlamat tersendiri dan mereka berusaha keras untuk mencapainya. Untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang Berjaya anda haruslah mempunyai matlamat dan wawasan. Tetapkanlah matlamat anda dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Tanya diri anda tiga soalan penting ini:-

1. Apakah perkara yang paling penting anda ingin capai dalam hidup ini?

2. Apakah yang paling bermakna sekali dalam hidup anda?

3. Adakah anda ingin dikenali dan apakah yang ingin anda lakukan?

Kebanyakan tokoh perniagaan yang Berjaya membahagikan matlamat mereka kepada 2 peringkat. Matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek. Bahagikannya kepada matlamat tiga bulan, setiap bulan dan mingguan. Manfaatkanlah masa anda dengan bijaksana. Ramai dari kita mengatakan bahawa setiap perkara bergantung kepada penjagaan dan pengendalian masa. Sebenarnya ia tiada kena-mengena dengan penjagaan dan pengendalian masa. Masa tidak boleh dijaga ataupun dikendalikan. Kita hanya mampu untuk menjaga dan mengendalikan diri sendiri menurut masa. Oleh itu, bekerjalah secara bersistematik dan gunakanlah sepenuhnya masa anda. Jangan dihabiskan masa dengan sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.





Sesudah anda Berjaya merancang semuanya, bekerjalah bersungguh-sungguh ke arah menjayakan matlamat anda. Setiap pekerjaan yang anda lakukan haruslah dilihat dari sudut kejayaannya dan bukannya sekadar aktiviti. Adakalanya kita terlalu menitikberatkan tentang aktiviti sedangkan hasilnya masih lagi negative.

Ingat! Kejayaan anda bergantung pada diri anda sendiri. Janganlah terlalu memaksa diri anda untuk menjayakan matlamat anda. Buatlah mengikut kadar kemampuan anda.

No comments: