09 November 2009

Minda dan Sikap

Seperti biasa, setiap hari saya akan membuka email dan membacanya setiap satu. Dan pada masa yang sama saya telah menerima email yang cukup berguna dan tidak salah saya kongsikan kepada anda. Terima kasih kepada saudara Hairudin yang tidak putus-putus memberikan motivasi dan semangat untuk terus berusaha dalam apa jua kerja yang kita buat. Dan sebagai ucapan terima kasih saya kepada anda...baca artikel ini dan aplikasikan dalam apa jua bisness yang anda lakukan, Insyaallah anda akan berjaya.

MANUSIA telah diciptakan dengan sebuah KEKAYAAN hebat yang dianugerahkan oleh TUHAN. Namun ramai manusia hanya berangan-angan bukan berimpian untuk menjadi kaya. Saya katakan ia berangan-angan kerana mereka tidak serius pun terhadap apa yang mereka fikirkan tentang sesuatu yang mereka ingin capai. Pada masyarakat orang melayu ia sering disebut Angan-angan Mat Jenin. Sedangkan angan-angan ke , impian ker sama sahaja. Namun penegasan saya tentang IMPIAN saya menekankan kepada betapa seriusnya seseorang itu memikirkan apa yang ingin dicapai atau yang dinginkan pada masa depannya. Mereka menulis perkara-perkara yang mereka impikan bukan hanya berawangan dimainan fikiran. Mereka dapatkan gambaran yang lebih jelas dan mereka menatapnya setiap hari.

Jadi apakah IMPIAN anda? Sudahkah dituliskan di sehelai kertas atau buku atau diari? atau Sudahkah di buatkan gambaran atau mengambil gambar-gambar terhadap apa yang ingin dicapai sebelum kita membuatnya dalam PROGRAM MINDA kita. Ramai orang mengabaikan hal ini . Mereka BERIMPIAN BESAR tetapi langsung tidak serius dengan apa yang mereka impikan. Akhirnya SIKAP sambil lewa dan sikap kita yang TERLALU SELESA dengan tahap Zon Selesa sekarang telah MEMBUNUH SEMUA IMPIAN yang kita ada. Siapakah PEMBUNUH IMPIAN ITU ? Anda sendirilah yang membunuhnya..

IMPIAN anda tidak semestinya terletak pada gambaran material sahaja seperti inginkan kekayaan wang ringgit , kereta mewah , rumah yang besar , pergi melancong tetapi ia mungkin lebih bercorak subjektif seperti melihat keluarga anda hidup dalam keadaan selesa dan bahagia, anda dapat masa yang benar-benar berkualiti dalam kehidupan anda , anda berasa puas dengan apa yang anda kerjakan , anda dapat luangkan dan berikan masa yang banyak untuk melakukan hal-hal peribadatan dan sebagainya. Walauapa pun IMPIAN anda ,

anda PERLU MENULISNYA...
anda PERLU MENCARI SEBABNYA mengapa anda mesti capai impian
anda PERLU MEMPUNYAI 'TIME FRAME"

Setiap ORANG MEMPUNYAI POTENSI HEBAT yang telah diberikan oleh TUHAN untuk mencapai IMPIAN mereka. Namun saya melihat CUKUP JELAS perbezaan antara ORANG YANG BERJAYA dengan ORANG YANG BIASA-BIASA.

Sikap dan tindakan mereka cukup jauh berbeza dimana orang yang biasa-biasa TERLALU BANYAK ALASAN yang diberikan
Orang yang biasa-biasa TIDAK SEBERANI orang yang BERJAYA
Orang yang biasa-biasa TIDAK MEMPUNYAI IMPIAN HEBAT
Orang yang biasa-biasa hanya berfikir CUKUP MAKAN JADILAH ..
Orang yang biasa-biasa tidak ada MATLAMAT dan HALATUJU yang JELAS
Orang yang biasa-biasa MALAS NAK BERFIKIR LEBIH
Orang yang biasa-biasa SEMANGATNYA , adalah SEMANGAT BUIH COCA-COLA

Saya memang tak nak jadi orang biasa-biasa .. Didepan mata saya sendiri melihat orang yang berjaya dalam bisnes seperti bisnes MLM adalah mereka yang kuat kerja , yang jarang sekali mendengar pelbagai alasan , yang mempunyai FOKUS dan Matlamat yang jelas , apatah lagi untuk bersikap BERPUTUS ASA dengan ujian. Mereka meletakkan satu IMPIAN dihadapan dengan CUKUP JELAS , MATLAMAT yang CUKUP JELAS dan sering di bayangkan dalam MINDA dan sekaligus MINDA MEMBANTU untuk mencapai apa yang mereka impikan.

JANGAN TAKUT BERIMPIAN kerana ianya PERCUMA ...

Saya juga mempunyai impian dan impian itu saya sering GAMBARKAN dalam bentuk lukisan dan sering bayangkan setiap hari dalam minda saya. Ada sesetengah impian yang saya CETUSKAN pada awal tahun 2000 telah saya capai dan ada lagi yang masih belum saya capai dan sedang berusaha mencapainya.

INGAT INI !!! Minda ANDA cukup AJAIB dan BERKUASA untuk membantu anda mencapai impian anda. Gunakan KUASA MINDA .. Bayangkan secara jelas apa yang anda inginkan dan jika anda bekerja makan gaji TIDAK MUSTAHIL anda juga mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan.

INGAT INI !!! JANGAN jadikan MAJIKAN ANDA sebagai PENGUASA dan PENGAWAL kepada berapa banyak pendapatan yang anda inginkan . Jangan JADIKAN latarbelakang PENDIDIKAN anda halangan untuk anda menjana pendapatan 5 angka kerana ramai orang yang TIDAK MASUK UNIVERSITI mampu menjana pendapatan yang hebat. BUKAN itu KAYU UKURNYA , semuanya terletak pada MINDA dan SIKAP anda. SEMANGAT dan USAHA anda.....

Saya tidak meminta anda menjadi PEMBURU Wang tetapi saya nak katakan KITA SEMUA HARUS KAYA dan BANYAK WANG kerana dengan itu kita dapat membantu diri kita , ahli keluarga dan adik beradik kita dan membantu orang lain yang kurang keupayaan . Tuhan telah menyediakan banyak SUMBER REZEKI jadi kenapa kita harus biarkan sahaja. Lihat sahaja pokok balak di hutan , Allah tumbuhkan PERCUMA tetapi siapa yang melihat dan mengambil peluang itu . Saya pun baru sedar sekarang !!! Jadi dengan kekuatan yang sedikit kita ada ini kerana MINDA KITA DARI DAHULU telah DIPROGRAMKAN seperti itu , kita amat perlu memerlukan antara satu sama lain untuk melatih MINDA KITA MENJADI MINDA SUPERHERO dan kita mampu memprogramkannya kepada MINDA yang HEBAT....

Jangan lagi BAGI ALASAN kepada IMPIAN anda jika anda ingin mencapai IMPIAN anda.
Keluarkanlah diri anda sedikit dari ZON SELESA .
Beranilah BERTINDAK dan MENGAMBIL KEPUTUSAN
Kejayaan PASTI memerlukan PENGORBANAN baik wang ringgit , masa , perasaan dan tenaga.

ANDALAH yang menentukan apa yang anda ingin capai dan jadi. Jangan biarkan ORANG LAIN MENGUASAI DIRI ANDA , tetapi anda gunakan sumber-sumber disekelilin yang anda anda untuk MENJADIKAN ANDA SEORANG INSAN LUAR BIASA kerana ANDA PERNAH MENJADI JUARA dan SEROANG INSAN LUAR BIASA..

ANDALAH JUARANYA , JANGAN MENGAKU KALAH , JANGAN BERPUTUS ASA

Ambil LANGKAH PROAKTIF SEKARANG..

Hanya orang RAJIN , MINDA POSITIF , MISKIN ALASAN mampu mencapai kejayaan.


Dengan ini saya YAKIN w mohd sukri wan teh adalah seorang INSAN YANG HEBAT , LUAR BIASA , RAJIN , POSITIF , BERSEMANGAT , TIDAK PUTUS ASA dan mempunyai IMPIAN HEBAT untuk DICAPAI ...

Anda adalah APA YANG ANDA FIKIRKAN dan RASAKAN ..

Jangan sesekali berkeluh kesah kerana manusia tidak diciptakan untuk berkeluh kesah ,
Jangan sesekali merungut dengan kehidupan anda sekarang tetapi CIPTAKANLAH Suasana Baru untuk MENCIPTA IMPAN baru anda dan FIKIRKAN POSITIF

No comments: