Sedikit perkongsian tentang buat bisnes MLM secara ONLINE. Jadi di sini saya akan kongsikan beberapa hal asas yang penting dalam kepada sesiapa yang ingin menjalankan Bisnes MLM secara Online.
1. Laman Web.
Untuk menjalankan bisnes MLM ONLINE sudah tentu anda mesti mempunyai satu laman web yang berinformasi tetapi ringkas. Yang penting web tersebut cukup memberikan informasi asas kepada bisnes anda. Apa yang saya gunakan selalu adalah Laman Web " Lead Capture Page" kerana laman web ini di bina dengan ringkas dan bertujuan untuk mendapatkan informasi dari prospek.
Ada sesetengahnya kita sebutkan Laman Web Jualan dimana dengan web ini kita menyampaikan informasi yang lengkap tentang produk yang kita jual dan sekaligus menyediakan ruang untuk prospek membeli produk anda.
2.Promosikan Web Anda
Faktor kejayaan dalam Bisnes MLM ONLINE ialah 80% daripadanya ialah kemahiran dan seni mempromosi laman web anda. Tidak guna ada laman web yang canggih , cantik dan berinformasi tetapi anda GAGAL membuat promosi secara AKTIF dan mengajak seberapa banyak orang masuk ke laman web anda. Mungkin dari 10 orang yang masuk ke web anda ada 2 orang yang akan meninggalkan maklumat mereka bergantung kepada informasi yang anda sampaikan.
Promosikan web anda dimana sahaja dan dengan apa cara yang boleh. Saya tidak berniat utk berkongsi teknik promosi di sini , InsyaALLAH kepada rakan-rakan yang dah jadi member saya akan kongsikan nanti. Apa yang penting jangan BERHENTI melakukan PROMOSI laman web anda dan ajak 14 juta rakyat Malaysia datang ke laman web anda. Ramai orang gagal kerana mereka tidak melakukan usaha promosi ini.
3.Follow Up Prospek Anda.
Saya lebih suka laman web yang FOKUS untuk mendapat maklumat prospek kerana salah satu kewajiban usaha MLM ialah menyenaraikan nama prospek. Jadi tujuan buat MLM secara online ini ialah untuk membina list prospek yang banyak dan kemudian kita perlu lakukan FOLLOW UP secara berkesan. Anda perlu lakukan Follow Up beberapa kali .
Ada sesetengah orang hanya mengharapkan orang masuk web kita dan terus dia nak beli produk atau join bisnes kita. Sebab itu ramai yang gagal menaja dan menjual. Follow Up adalah satu hal yang terpenting kepada usahawan MLM online.
Ada beberapa tindakan follow up yang MESTI anda buat antaranya ialah membuat Follow Up melalui email dengan memberikan informasi tentang produk dan bisnes anda. Follow Up dengan mengajak prospek membuat temujanji online melalui chating ( kepada prospek yang ada kemudian chating ) .Follow Up melalui SMS dengan SMS mereka dan yang terpenting jika anda dapat hubungi prospek anda sesegera yang mungkin.
Follow Up adalah tujuan kita menyampaikan maklumat yang lebih lanjut dan jelas serta menjawap pertanyaan prospek bukan MENEKAN dan MEMAKSA prospek untuk menyertai. Anda boleh berikan alasan mengapa prospek mesti menyertai bisnes anda dengan menonjolkan kelebihan bisnes anda.
Ada juga Follow Up melalui pos surat menggunakan teknik Mail Order. Dahulu saya membuat follow up dengan poskan CD secara percuma kepada prospek. Walaupun berbelanja agak besar namun potensi pendapatan juga besar.
4.JANGAN MALAS
Apa yang terpenting , JANGAN MALAS membuat promosi , JANGAN MALAS membuat follow up dan JANGAN MALAS belajar untuk meningkatkan kemahiran seni internet marketing. Kalau anda MALAS sudah pasti KEJAYAAN juga MALAS untuk datang kepada anda. SETIAP hari anda mesti promosikan laman web anda.
Jika sehari anda berjaya mendapat 1 orang prospek , sebulan 30 orang prospek. Dari jika 10% yang menjadi member jadi pada bulan tersebut anda mendapat 3 orang. Jika 3 orang buat perkara yang sama sudah tentu dari semasa ke semasa anda mampu membina NETWORK anda dengan jayanya.
5.ONLINE dan OFFLINE
Ada orang keliru , mereka nak buat bisnes MLM secara 100% online. Boleh memang boleh tetapi ianya masih belum mencukupi kerana anda perlu juga wujudkan suasana Human Touch. Walaupun saya boleh menaja tanpa bercakap dengan prospek saya , saya boleh menaja hanya melalui email , saya boleh menaja hanya dengan SMS tanpa bercakap dan bertemu , namun untuk tujuan MEMBANGUNKAN BISNES anda perlu lakukan secara OFFLINE dengan menyeimbangkan secara online.
6.JANGAN PUTUS ASA dalam membuat promosi kerana tidak dapat prospek kerana pada tahun pertama saya buat secara online 3 bulan saya hanya dapat 2 orang sahaja kerana tidak tahu teknik.
Jadi LAMAN WEB adalah satu hal yang penting NAMUN PROMOSI LAMAN WEB adalah satu hal yang lebih penting. Namun setelah ada prospek , FOLLOW UP juga merupakan yang paling penting ....
InsyaALLAH , saya yakin jika anda lakukan bersungguh-sungguh pasti anda berjaya kerana saya sendiri melihat ada rakan saya menjana RM1000 sebulan dengan kaedah online ini. Yang PENTING JANGAN BERHENTI dan PUTUS ASA dalam MEMPROMOSI Laman Web. ANDA MESTI RAJIN dan SANGGUP INVESTASI ( keluar modal ) untuk tujuan PROMOSI.
No comments:
Post a Comment