Pertama sekali matlamat kita mesti betul, apa yang kita hendak dan apa yang kita hendak capai. Matlamat mesti jelas dan kita seharusnya mengengan erat matlamat kita itu. Bukan bak kata pepatah Melayu " Hangat-hangat Taik Ayam". Dalam medium internet terlalu banyak peluang dan ruang yang boleh kita lakukan untuk menambahkan pendapatan sampingan, jangan hanya berinternet hanya untuk meluahkan perasaan, melalut yang tak tentu...hasilnya masa terbuang tanpa ada hasil....inilah yang banyak dilakukan oleh golongan kita.
Kedua bijak memilih benda yang hendak dijalankan. Sebagai contoh bermacam-macam program yang ada di internet ada yang mula dengan RM5,RM10, RM20, dan sebagainya.....tapi betulkan program seperti ini akan berjaya seperti yang dipaparkan dilaman-laman web tersebut. Saya syorkan anda tinggalkanlah program-program seperti ini, program ini sebenarnya salah satu tektik penipuan, tapi cukup ramai sertai skim cepat kaya ini adalah orang-orang kita....
Selain daripada teknik menipu dengan produk sampah, terbaru mereka kononya akan membongkarkan bagaimana pendapatan RM100-RM500 sehari dengan satu sistem. Dan untuk mendapatkan sistem itu anda kena bayar dengan harga tertentu...ish ish issh.... Kenapalah asyik nak menipu je kerjanya....cubalah buat sesuatu yang betul. Apa pun nasihat saya jauhi perkara seperti ini, jika tidak anda akan menyesal....
Apa benda yang boleh mendatangakan pendapatan dengan internet? Terlalu banyak yang boleh kita buat, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Antaranya sertai program affialite sekiranya anda tiada produk sendiri untuk dijual. Banyak IM tempatan yang menyediakan program ni, anda boleh pilih mana-mana yang hendak anda lakukan.
Kedua join mana-mana program pay per clik, program free...daripada berjam-jam depan komputer semata-mata duk merapu apa salahnya mencuba.
Atau kalau anda yang jenis suka mendownload lagu atau video gunakan minat tu untuk mendapat duit dari minat tersebut. Bagaimana caranya...banyak cara yang boleh dibuat dari yang berbayar kepada yang free. Antara yang free seperti ziddu. Daftar percuma upload dan bagi kawan-kawan anda link download dah dapat duit....cukup senang. Walaupun hanya usd0.01 setiap download, jika banyak yang downlaod ok jugak kan. Dan ziddu juga menyediakan progran referaal, setiap kawan yang kita ajak juga daftar dengan ziddu kita dibayar usd0.10. kalau 10 orang dah usd1...kalau 100 oarang....kira ok jugaklah sbb join free je...
Dah dua cara yang saya kongsikan, anda cuba dulu semuanya free. lain-lain cara akan dipostkan dari semasa ke semasa. Banyak lagi tapi malas pulak nak tulis, maklumlah tak berapa sihat...
1 comment:
belum pernah try lagi ahbux.com tu...
thankz bro..info menarik.. :)
Post a Comment