23 December 2009

Antivirus vs Virus

Post kali ini berkaitan dengan dua benda yang sangat penting bagi pengguna komputer dan internet. Dan post kali ini agak istimewa sikit, kerana saya nak berikan hadiah kepada pengunjung dan pengomen terbaik untuk post kali ini. Dah tentu anda tertanya-tanya apa hadiahnya kan... oleh kerana artikel kali ini berkaitan dengan antivirus dan virus...maka hadiahnya ialah Antivairus Lesen Karpesky untuk setahun, satu saje...tapi tengok kepada penyertaan dan permintaan.

Antivirus memang penting untuk komputer. Tujuan utama adalah untuk menjaga data dan komponen komputer daripada serangan virus, spyware, malware dan trojan. Apabila ada antivirus sekurang-kurangnya dapat melindungi sistem komputer.

Kenapa saya kata sekurang-kurangnya?

Sebab utama adalah tidak semua antivirus di dunia dapat melindungi 100% keselamatan komputer saya dan anda. Ada virus dicipta khas untuk menembusi sesuatu antivirus. Namun, bukti kukuh masih lagi belum saya temui.

Saya pernah menggunakan ativirus percuma dan berbayar. Antivirus percuma yang saya gunakan adalah AVG Anti Virus dan Avast Home Edition. Antivirus percuma selalunya mempunyai ciri-ciri terhad dan jika inginkan full version kena dapatkan yang berbayar. Manakala antivirus berbayar adalah Kaspersky.

Tetapi apabila sudah pasang antivirus, pastikan selalu dikemaskini (update). Proses kemaskini antivirus boleh dilakukan menggunakan internet atau pun folder download. Tujuan utama adalah, antivirus anda bersedia dengan fungsi terkini untuk mengesan virus. Tujuan kedua adalah, virus setiap masa dan ketika sendiri dicipta dan dilancarkan di internet.

Berikut saya senaraikan beberapa antivirus yang boleh dimuat turun (download) secara percuma (trial version):

  1. AVG Antivirus 9.0
  2. AVG Free 9.0
  3. Avira AntiVir Personal – FREE Antivirus
  4. Panda Securiy
  5. Avast Home Edition
  6. BitDefender Free Edition
  7. ESET Nod32-Free Trial
Antivairus karpersky tak saya masukkan kerana saya akan berikan satu lesen untuk pengunjung serta pengomen terbaik untuk satu pc/laptop secara percuma.

p/s: bersama membanteras virus…dan untuk kawan-kawan yang hendak oder lesen karpersky boleh hubungi saya, dijamin harga yang berpatutan. Tarikh bermula hari ini sehingga 4.1.2010 dan pemenang akan diumumkan pada 10.1.2010.


5 comments:

BP said...

aku nak hadiah tu, tapi aku tak berapa tau sangat tentang antivirus, sekarang aku guna karpersky...hebat betul takat ni belum ada lagi yang tembus, ada virus terus je dia bagiathu...bagi aku karpersky adalah terbaik bagi aku....boleh ke macam ni..

Deen said...

kenapa eset nod32 tak ada dlm list?
aku skang pakai eset ni..
ringan je..
database pun automatik update selalu...hehe
aku dah try semua antivirus..
tapi aku tetap minat pada eset setakat ni..huhu
kaspersky pun ok :)

SM said...

nod32...tu saya memang tak pernah guna. Nak komen puntak boleh, tapi kalau guna karpersky yang berlesen, memang lain dari yang lain...apa pun terima kasih atas komen tersebut. Saya akan listkan juga nod32 tu

meezwan said...

Nak menang hadiah kena komen je ke?komen pasal AVirus ke?Bro kena promote sket bg satu malaya tahu.. =)

SM said...

ye bro, cerita la sikit pengalaman bro atau pengetahuan bro tentang antivirus atau virus..itu je. Mana satu pilihan bro...senang je kan