Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

25 October 2009

Info Produk RX-Water



Ciri-ciri dan Keistimewaan penapis air Rx-Water

  1. Sedikit beralkali (pH 7.6 – analisis oleh Sirim) - oleh itu air yang ditapis oleh Penapis Rx-Water membantu menyerap asid yang terhasil selepas metabolisma badan dan seterusnya dibuang melalui perpeluhan dan perkumuhan

  2. Mengandungi antioksidan – ini membantu mencegah kanser dari berlaku dan membantu untuk awet muda

  3. Sifat alkali dari air yang ditapis dengan penapis Rx-Water - mampu mengubah radikal bebas kepada oksigen untuk kegunaan badan. Air yang ditapis dengan penapis Rx-Water mengandungi oksigen yang tinggi

  4. Penggunaan sinaran infra merah semulajadi - membantu memecahkan molekul air dan menjadikan molekul air yang lebih halus seperti penghasilan pai water yang mudah diserap oleh badan

  5. Merangsang metabolisma tubuh – melalui penghasilan ‘Aura’ sewaktu proses penapisan

  6. Mempunyai sifat air yang terbaik dan membantu menguatkan daya ingatan

  7. Mengandungi Vitamin B2, B3, C, D, dan K. Kandungan mineral utama (sehingga 30 mineral) yang terdapat didalam air dikekalkan pada kadar yang optimum bagi mengelakkan risiko kekurangan atau berlebihan nutrient

  8. Air yang ditapis dengan penapis Rx-Water juga disahkan megandungi protein untuk tenaga tambahan


    Tidakkah anda merasakan penapis Rx-water ini sangat baik untuk memperbaiki mutu kesihatan anda?

    Sebenarnya saya belum habis menceritakan kebaikan dan kelebihan penapis Rx-water ini kerana terdapat banyak lagi kebaikan-kebaikan lain yang terhasil dari penapis air Rx-water ini.


  9. TIADA KESAN SAMPINGANYa, penggunaan penapis Rx-Water sebenarnya membantu anda memperolehi kesihatan yang lebih baik

  10. Pusingan air berkonsepkan tawaf mengelilingi Kaabah

  11. Penapis Rx-Water juga menyamak air untuk memastikan kesuciannya

  12. Direka dan dikaji sendiri oleh Doktor perubatan yang pernah menghidap penyakit Kanser Darah iaitu Dr Noordin Darus

  13. Kawalan mutu bertaraf antarabangsa walaupun penapis Rx-Water ini adalah buatan tempatan

  14. Penapis Rx-Water ini juga disokong oleh Program Well for Life dan Falsafah Kesejahteraan Sepanjang Hayat

  15. Mudah dipasang dan dikendalikan serta menjimatkan ruang – kerana saiz penapis Rx-Water yang kecil

  16. Dijamin halal - kerana ia adalah produk buatan syarikat Bumiputera Malaysia. Kandungan bahan penapis didalam setiap katrij menggunakan bahan yang bersih dan halal sahaja

Kenapa Rx-Water ?

Disebabkan oleh kebaikan-kebaikan yang dihasilkan untuk air yang ditapis dengan penapis Rx-Water, ia menjadikan penapis Rx-Water bukan sahaja
MEMBERSIHtapi juga MENYEMBUH!!


17 October 2009

Rahsia pemakanan genius islam

Rahsia pemakanan genius islam Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori

11 October 2009

Miracle Flask


"Kehebatan AIR AURA kami telah memecah pasaran di tiga buah negara dan sedang hangat diperkatakan. Tanpa ragu-ragu kami bawakan satu produk yang sangat HEBAT kepada anda semua."


"hampir 10,000 ahli kami diseluruh negara mengakui kehebatan yang terbukti memberi kesan kepada pengguna kami"