28 January 2010

NOTIS OLEH PENTADBIR YANG DILANTIK OLEH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Web Hosting

NOTIS INI MUNGKIN MEMBERI KESAN KEPADA HAK PERUNDANGAN ANDA. SILA BACA DENGAN TELITI.

PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (573259-K) telah dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bertindak sebagai Pentadbir bagi penilaian tuntutan dan pengagihan wang kepada pelabur yang layak dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash (“Pentadbir” atau “Administrator”).

Notis diberi kepada semua pihak yang telah melabur dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash hendaklah menyerahkan tuntutan mereka dalam bentuk tulisan untuk sampai kepada Pentadbir pada atau sebelum 7.00 ptg pada 10hb Februari 2010. Semua tuntutan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan berkaitan dan Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan. Penyerahan tuntutan mestilah dibuat seperti berikut:

By Post/Courier

Addressed to:

Administrator-SwissCash
c/o Suite 126, 3rd Floor, Wisma RKT
No. 2, Jalan Raja Abdullah
Off Jalan Sultan Ismail
50300 Kuala Lumpur
Malaysia.

Date: 27 January 2010 to 10 February 2010
Time: Monday to Friday *
9.00 am to 5.00 pm

*Closed on public holidays in Kuala Lumpur




Dengan tangan

Lokasi:

Bilik Labuan,
Tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra
41, Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Lokasi Pusat Dagangan Dunia Putra

Tarikh: 3 Februari 2010 hingga 10 Februari 2010
Masa: Isnin hingga Jumaat *
9.00 pg hingga 7.00 ptg

Sabtu*
9.00 pg hingga 2.00 ptg


*Tutup pada cuti umum untuk Kuala Lumpur

Setiap penyerahan mesti disertai perkara berikut:

1) Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan asli yang ditandatangani dan diperakui seperti dalam borang di bawah yang menyatakan jumlah yang dituntut dan kiraan terperinci (Sebagai contoh, jika anda telah melabur sebanyak USD1000 dan menerima pulangan USD300, tuntutan adalah pada jumlah USD700)

2) Penjelasan ringkas tentang bagaimana anda telah diperkenalkan kepada skim tersebut dan sejarah pelaburan anda

3) Salinan Kad Pengenalan/pasport anda atau dokumen pengenalan lain

4) Sijil Pelaburan yang menunjukkan jumlah pelaburan

5) Bukti pembayaran yang dibuat bagi setiap Sijil Pelaburan atau resit rasmi daripada penerima jumlah yang anda labur (Contoh: penyata deposit bank, penyata pembayaran kad kredit, bukti pindahan telegrafik melalui perbankan internet atau ATM)

6) Bukti pulangan pelaburan yang diterima setakat ini

7) Sebarang dokumen-dokumen tambahan anda rasa diperlukan bagi mengukuhkan tuntutan anda.

Semua tuntutan mestilah diajukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Sila maklum bahawa keupayaan pihak Pentadbir untuk memproses tuntutan anda dengan sewajarnya bergantung kepada maklumat lengkap dan tepat yang anda berikan seperti di atas.

Para penuntut yang telah menyerahkan aduan sebelum ini secara sukarela kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hanya perlu menyerahkan perkara (1) dan (2) di atas kepada Pentadbir berserta sebarang dokumen tambahan yang dinyatakan dalam perkara (3) hingga (7) di atas, yang tidak diserahkan sebelum ini.

Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mahupun Pentadbir tidak akan mengiktiraf tuntutan:

(i) yang diserahkan selepas tarikh akhir 7.00 ptg pada 10 Februari 2010; atau
(ii) yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti tertera di atas; atau
(iii) dalam bahasa selain dari Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Untuk sebarang pertanyaan, sila layari bahagian “Hubungi Kami“ untuk maklumat lanjut.

PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (573259-K)
Pentadbir
Bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Bertarikh: 27 Januari 2010

Muat turun borang tuntutan disini


Notis ini diterbitkan di dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat perbezaan dalam penterjemahan, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.

No comments: