31 December 2009

FuhyooFM Review Contest !!!


Dalam post yang lepas saya juga mengadakan contest, sekarang nak cuba pulak contest yang orang lain buat. Sebenarnya saya mengetahui tentang contest ni melalui email yang telah dikirimkan oleh saudara Smartzul. Terima kasih zul.

Setelah saya menerima email dari saudara zul saya terus klik pada link yang telah diberikan. Melaui email " ika tiada ke mana-mana dan anda mempunyai akses ke internet,
bolehlah bersiaran langsung bersama saya dan beberapa orang
Internet Marketer dan juga Blogger di Radio Internet FuhyooFM.

Maklumat rancangan adalah seperti berikut:

Tarikh: 31 Disember 2009 (Khamis)
Waktu: Bermula jam 8.30 malam
Aktiviti: Bersiaran langsung di radio Internet FuhyooFM,
http://www.fuhyoofm.com " itulah serba sedikit isi email tersebut.

Bila pegi je ke Fuhyoofm.com terlihat pulak ada contest minta review FuyooFM, saya cuba bagi review seringkas yang boleh.

Pada pendapat saya kemunculan FuhyooFm memang bertepatan dengan semangat tahun baru 2010. Tetapu yang diundang jugak hebat kerana pakar dalam bidang yang diperkatakan. Seperti saudara Smartzul memang terkenal dengan wordpress dan panduan wordpress yang telah beliau hasilkan memang terbukti telah membantu ramai newbie untuk membina blog mereka sendiri termasuk juga saya.

Untuk lebih nampak gempak, saya cadangkan agar FuyooFm meletakkan satu ruangan chat sewaktu keudara untuk senang pendengar berinteraksi dengan tetamu yang telah dijemput. Dengan adanya interaksi dua hala program tersebut akan lebih hebat dan menarik.

Website agak sempoi dan menarik, nak lebih menarik dj onair tu ada video atau live boleh dilihat. Kan lebih gempak. Saya ada lihat radio gegarFm, mereka menggunakan elemen-elemen tersebut.

Untuk lebih mantap, adakan juga laman download untuk slot yang diadakan seperti slot tazkirah, untuk pendengar yang terlepas program tersebut boleh download dan dengar semula.

Rasanya itu sahaja review saya untuk FuhyooFm.

Moga terus suksess dan jadi yang terbaik dan bersama post ini saya seratkan sama FuhyooFm



No comments: