23 October 2009

Berniaga....

Melalui kajian dan penelitian saya, bila sebut berniaga bangsa kita (Melayu ) terus mengeluarkan pelbagai alasan. Nak disebutkan rasanya terlalu banyak. Cukup saya katakan tak ramai antara blogger sendiri yang minat untuk berniaga. Melayu sudah sinonim dengan Islam, sebut je Melayu tentu orang akan mengatakan dia seorang Islam.


Sedikit coleteh aku tentang bangsa aku sendiri, mereka tidak ikut sejarah nabi sebenarnya. Bagaimana kehidupan nabi dari kecil hingga dewasa dan sehingga berkahwain. Bukankah baginda seorang peniaga, dari kecil sudah menceburi bidang perniagaan. Itulah aku rasa bangsa kita terlepas, dan disebabkan perkara itu kita masih jauh dibelakang dari bangsa lain.


Masyarakat kita lebih senang makan gaji, alasan memang banyak jangan. Aku sendiri pun kerja makan gaji jugak, tetapi masa yang terluang aku gunakan untuk berniaga secara kecil-kecilan. Maklumlah kerja kerajaan masa freenya tak banyak sangat tapi masa itu aku gunakan untuk buat perniagaan. Sekurang-kurangnya aku tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang dalam kerugian sebagimana yang disebutkan dalam surah Al-Asr, aku harap kalian jugak tidak begitu.

Dalam penelitian aku dengan rakan sekerja, bila aku soal kenapa tidak minat berniaga?
Jawab mereka:" tak ada masa", "Malulah", "tak pandai cakap","susahlah nak jumpa orang" dan macam-macam lagi respon.

Entahlah aku pun susah jugak nak kata,peluang cukup luas, kalau tak mahu jumpa orang kita boleh guna internet. Bak kata pepatah "nak seribu daya tak nak seribu dalih". Alhamdulillah setakat aku menceburi berniaga secara keci-kecilan pendapatan bertambah setiap bulan.90% sumber pendapatan adalah dalam bidang ini, tak ambil bangsa lain yang ambil...


No comments: